Monday, November 16, 2009

o.b.e.s.i.t.i

Aku dah gemuk ke?

“hey, budak gemuk”..antara bait-bait perkataan bile cik um comey panggil aku;p..huhu..aku xde amik ati pun dia panggil aku gemuk tp betulke aku ni dh gemuk or aku x gemuk pun cume b****t..hehe..dl klw pas keje, aku trus g main bola tp skang ni jarang aku dapat main bola.

Tuntutan kerja yg agak banyak membantutkan aku utk pulang awal (padahal selalu je aku blah awal) So aku dh xde satu medium utk aku b’senam..hanya hari sabtu ahad je aku g b’jogging. Dapat 5 – 6 round jogging pn dh cukup, kire okla tu. Dari segi berat badan, x byk berubah pn tp aku merindu saat2 di deepeeaaaa. Bak kata cik um comey “yang penting shape, bukan berat”..

nampaknya, aku kene bekerja keras ni utk kembalikan shape badan..huhu

Wednesday, November 11, 2009

s.s.2.m.u.r.n.i


Tetiba plak aku teringat restoran SS2 murni. sepanjang aku b'kursus selama enam bulan, selepas modul luar je mesti aku n ahli sidang A lain ke SS2. klw nak dibandingkan keadaan restoran tu ngan restoran lain cm langit ngn bumi. restoran nie simple je tp menu makanan die mmg superb.harga die pun sgt ok.

Nie antara menu yang aku pernah order seperti air lili (campuran ribena, mangga n kiwi), mee raja, nasi goreng meletop, nasi goreng, roti hawaii, spageti marinara, nasi goreng soft crab, spageti arabiata , nasi goreng chicken maryland, nasi lemak and etc.

erghh!!lapa la plak..Geng! bile nak g mkn kt sn?

Nie adress klw lorg nk g sana:

SS2, Petaling Jaya, Selangor
Restoran SS2 MurniJalan SS2/75, Petaling Jaya


pic:http//:applefoodees.com

Wednesday, November 4, 2009

p.t.k

Kalau korg government servant, mesti korg pernah dengar Penilaian Tahap Kecekapan a.k.a PTK. Itulah yg dilalui oleh kawan2 aku sekalian. Jika sebelum ini PTK hanya mengambil masa 2 hari, skang dgn pengenalan format baru, PTK skang mengambil masa 4 ari!! Siap ade persembahan SKT lg!

Walaupun aku x ambil PTK kerana telah lulus pd format PTK lama..hehe..tp aku memahami ape yg dirasai oleh kawan2 disana. Pressure nak amik PTK tu, jgn ckpla. Dengan bebanan kerja yg byk kat opis, dengan ko nak study tuk exam, mmg betul m’ncabar fizikal dan mental ko.

Ape pun, aku nak ucapkan gudluck kpd sesape yg sedang mengambil PTK. Wish u all da best!

Monday, October 26, 2009

a.s.t.o.r.y.o.f.b.f.n.g.f.


hepi 2nd anniversary!!hehehe..dah 2 tahun kami berkenalan dan dalam 2 tahun 2 tahun tersebut, macam2 dugaan, halangan, pahit n manis kita orang harungi together-gether (ala, jiwangla plak;p) kalau sesape yg kenal aku n um, mesti dorg heran. cmne 2 makhluk yang mempunyai perangai yang berbeza ni bley get together. jawapannya, kita orang ni complement each other..ahaks..kalau ikutkan banyak bezanya antara dia dan aku,antaranya:

  • bf suke beri maklumat yang detail n siap de figures lg.gf plak suke b'cakap based on her opinions
  • bf agak handal memasak.gf agak kurang handal memasak
  • bf berhati lembut..ahaks..gf plak agak berhati keras
  • bf bawak keta 90 - 100km(perlahan katanya).gf pandu keta 100-120..huhu
  • bf agak routine.gf plak spontaneous

x kire ape pun perbezaan, ade gak yang kami share bersama iaitu kedua2nya memandu kereta perodua dan kedua2nya gak suke makan (walaupun in reality, bf yg akan makan banyak:p). Anyway, sayang awak!!

Tuesday, October 13, 2009

l.a.s.t.w.e.e.k.e.n.d


lama dh rasenye aku x update blog ni.x sempat tangan nie nak menaip kt sini.anyway, sepanjang wiken last week amatlah penuh jadualku. pada sabtunya, pagi2 lg aku dh bergerak ke putrajaya dan menjemput cik um comey n min ke shah alam untuk mengadiri majlis pernikahan didi.x sangka, didi yang aku kenali semasa di johor dulu kini telah sah menjadi isteri syazwan.congrats didi!! di atas adalah gambar2 di majlis pernikahan didi.
ahadnya plak, aku min n yanti ke bandar putra mahkota (klw x silap la) untuk mengikuti rombongan pertunangan cheche. sorg lagi ahli Geng bakal menamatkan zaman bujangnye, InsyaAllah.congrats to cheche dan acikfaie!! pada malamnya pula, sume ahli geng kecuali Mama Lin hadir ke majlis resepsi didi dan syazwan di Intekma Resort, Shah Alam.
Dalam x sedar, dah 3 orang daripada 8 orang ahli Geng telah berumah tangga. tinggal 5 lg yang belum.aku?InsyaAllah, dalam masa terdekat.korg doa2kanla k.




Wednesday, September 30, 2009

r.a.y.a.d.a.t.a.n.g.l.a.g.i

Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan "Selamat Hari raya" kepada semua member2 yang beragama Islam. Raya ni aku bercuti sepanjang minggu lepas. dari segi persiapan, aku x beli banyak barang pun. mostly duit aku spent untuk adik2 aku n beli barangan di rumah. baju melayu pun aku gune last year punye dan satu2nya pakaian yang aku beli ialah sampin. itu pun sebab aku xde sampin yang matching dengan baju melayu (sampin dibeli bersama2 cik um comey;p). raya pertama dan kedua aku berada di gombak. manakala raya ketiga dan keempat aku beraya sakan di sabak bernam dan perak.then raya ketujuh aku berkunjung ke rumah um di johor;)..hehe

oleh kerana telah diputuskan aku akan pulang bersama ke KL dengan cik um comey, maka aku bertolak ke johor dengan menaiki bas sahaja. hari khamis aku ke puduraya untuk membeli tiket bas. pekerja kaunter memaklumkan yg aku perlu menaiki bas di bukit jalil dan bukan di puduraya. bile aku maklumkan kat cik um comey, dia yang jadi gelabah.

"Nape naik kt bukit jalil bukan kt puduraya?"

"Kat tiket tu die tulis platform brape x?"

Itu adalah antara pertanyaan daripada cik um comey. risau sgt aku ni salah naik bas ke johor sorang2 (tula, sape soh xnk teman! ;p). even bila aku di bukit jalil untuk menaiki bas pun dia soh cek tiket tu betul2.

"Klw x jumpe platform bas, kol ****liner k?"

hehe..cumel plak bile dia cakap cam2.cik um comey, saya ni memangla jarang naik bas ekspres tp x mungkin saya akan sesat ke johor..ahaks:)

Semasa berkunjung ke rumah cik um comey, sempat gak aku berkunjung ke hospital. melawat kimi n aiman (skang ni kimi jd pesaing terdekat aku nk jd bf cik um comey..hehe)..kemudian berkunjung ke rumah kawan cik um comey di kulai sebelum pulang ke KL.

nota:

hmmm, masa di johor rasanya setiap umah yang dikunjungi, aku makan 2 pinggan juadah yang disediakan..huhu..

Friday, September 4, 2009

p.e.n.g.a.l.a.m.a.n.l.e.p.a.s

'Pengalaman mendewasakan kita'..pepatah melayu ini sememangnya memberi banyak maksud mendalam..semasa kecil kita kurang memahami dan mengerti apa tujuan hidup kita..setiap hari yang berlalu banyak mendewasakan kita..antara pengalaman yang aku x lupe ialah aku semasa berumur lingkungan 9 - 12 tahun telah membantu jiran aku menjual petai di sekitar gombak. aku x tipu, mmg aku pernah menjual petai.

selalunya aku tolong jiran aku masa weekend je. aku ngan anak jiran aku akan menyusun petai yang hendak dijual di handle bar basikal. dalam 2 - 3 basikal jugakla yang ikut skali menjual. aku bawak basikal sendiri. dah bis susun petai kita orang susun strategi plak nak menjual kat area mana.

kebiasaanya kami akan ke kawasan sekitar wangsa maju. dulu jalan xdela jem cam skang, so xdela risau sangat nak menaiki basikal ke sana. seikat petai kami jual RM2. kire murah la tue coz skang dah jd RM4 -5. bagi petai yang dah masak plak RM1 seikat. selalunya jualan kita orang ni abis je. bile balik je,jiran aku bagi upah RM1 xpun 50 sen. jumlah suatu ketika dulu sgt besar.

bile difikir2 balik skang ni, x sangka dulu aku pernah wat keje cam 2. klw aku cite kt orang lain pun, mungkin ade yang x percaya.