Wednesday, January 27, 2010

s.e.r.a.b.u.t.


Aku kalau ada masalah, selalunya aku akan cuba tidur awal dari kebiasaannya. Kalau weekdays biasanya aku akan tidur dalam kul 10.30 malam (lantakla kalau korg cakap aku tido awal sangat). Kalau sesetengah orang tu, dia akan dengar radio ke, buat2 sibuk ke, makan ke n etc. tapi aku tak boleh buat camtu. Kalau aku ada masalah yang berat, aku cuba tido seawal jam 9.30 malam.bukan niatnya aku nak dapat tido lena pun.

Cuma aku harap bila tidur tu, aku boleh lupakan semua masalah. Walhal tak pun..setiap 2 jam aku akan terjaga..teringat balik semua masalah..huhu..pukul 5 baru dapat tidur balik sebelum bangun pukul 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja..sekian
pic by flickr

Friday, January 15, 2010

s.i.n.d.r.o.m.m.a.l.a.s.



pic by flickr

boringnye aku hari ni. tidak produktif langsung. hanya duduk depan pc then surfing internet. wat keje sket je. ada keje yang perlu aku siapkan tapi entah mana datangnye sindrom malas ni, langsung aku tiada mood untuk menyiapkannya..huhu..

kalau big bos tahu, aku camni. mesti dia cakap

"awaklah pegawai yang paling mahal kerajaan bayar gaji"..haha

Thursday, January 7, 2010

m.a.i.n.k.u.t.u

korang pernah "main kutu"? bukan main kutu yang ada banyak melekat kat rambut korang tu..haha.."main kutu" salah satu cara korang simpan duit tapi dengan penyertaan orang lain dan selalunya dibayar pada akhir setiap bulan oleh peserta kepada peserta yang layak dapat pada bulan tersebut. this year tahun kedua aku main kutu dengan staf ofis lain. kalau x silap ada 22 orang (+ aku skali)yang turut serta main kutu ni.

minimum bayaran RM100 seorang dan setiap bulan 2 orang akan dapat duit. means sampai bulan 11 la permainan ni berlangsung. bayaran oleh pemain adalah pada hari ketiga selepas pembayaran gaji. aku dapat turn bulan 6 dan terakhir kot..hehe..nak bagi tahu, aku main 2 nama. so sekali dapat kutu dalam RM1200 + bulan ke 11.pergh, banyak siot!! bleyla aku guna duit tu untuk perkara2 perlu.kan cik um comey?:)

Monday, January 4, 2010

a.d.a.b.d.a.n.t.e.r.t.i.b

juz nak share experience aku semasa menghadiri kenduri salah seorang staf cik um comey di semenyih n ia akan aku ingat sampai bila2. sampai di rumah kenduri, punyala ramai tetamu dia. biasala, kat situ kawasan kampung. so semangat kerjasama dan merewang tu memang kuat. (cik um, kenduri sebelah saya akan dibuat di rumah saya k. bukan dewan:p). then kami beratur untuk ambil makanan.oleh kerana tetamu yang ramai, aku ambil keputusan yang aku duduk dulu sementara um ambil makanan dia.

semasa turn aku beratur ambil makanan, ada pakcik ini potong barisan dan terus ambil nasi tanpa memperdulikan orang lain. aku sangat geram dengan pak cik ni, bile dia jemput isteri dan anak dia potong skali. woii!xde otak ke? orang lain pun nak makan tapi boleh beratur. kenapa ko x boleh!. aku ntah macam mana terlepas kemarahan aku dengan sound pak cik n 'the gengs' dalam bahasa minang.lupe plak nak bagi tahu, kenduri yang kami hadiri tu di dalam kawasan orang minang. pak cik tu tak balas ape2 pn bile aku sound camtu. isteri n anak dia terus bagi laluan kat aku untuk ambil makanan dulu.

sorila, kalau ayah n emak tunjukkan perangai yang kurang ajar. anak2 korang akan ikut sekali contoh yang dipamerkan oleh ayah n emak mereka. yeps! aku agak concerns sikit kalau perkara tu jatuh dalam bab adab n tertib. jangan sampai, kita hilang rasa hormat kat orang yang lagi tua dari kita.