Thursday, February 4, 2010

r.o.a.d.t.r.i.p.

Yeayy!! Akhirnya hari-hari dinanti telah tiba. Road trip ke Terengganu bersama Gengs telah diadakan last. Walaupun kita orang buat last minute planning tapi road trip tersebut berjalan dengan jayanya..:)..kita orang ni kalau plan awal2 pun selalunya tak jadi..hehe..seramai 5 orang ahli Gengs + syazwan (suami didi) + faie (tunang cheche) telah ikut serta.ahli Gengs yang lain tidak dapat mengikuti trip kali ini atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Tujuan ke sana untuk membeli batik Gengs!

Sabtu

Pagi:
Awal2 pagi lagi dalam jam 5.59 a.m kami sudah bertolak ke Terengganu dengan menaiki 2 kereta persona berwarna ungu;p. Kemudian singgah sebentar di petronas selepas genting sempah untuk menunaikan sembahyang subuh sebelum terus ke destinasi pertama iaitu bersarapan di Hai Peng! Kami sampai dalam jam 10 pagi. Memang dah niat, aku nak order cham (betul ke aku eja) panas. Aku order nasi lemak dan tuna sandwich. Cik um comey juz order limau ais kerana kurang sihat selepas melalui jalan LPT yang beralun2. Habis je bersarapan kami terus bergerak ke Kuala Terengganu.


meh datang sini untuk mencuba menu kopitiam

Tengah hari / Petang:
Kami tiba di Kuala Terengganu dalam jam 12.30 tengahari dan menginap di Qurata Riverside (sebelah Masjid Terapung). Jam 2 petang kami ke Pasar Payang untuk membeli belah. Betul la, kat sini batik dia memang murah. Siap peniaga tu boleh bagi diskaun RM100!giler;p. Memang niat utama nak beli batik Gengs tapi oleh kerana dah rambang mata. Tujuan asal pun terpesong, kami beli batik untuk diri sendiri..hahaha..lama jugak kami kat pasar payang. Pukul 6 petang baru pulang ke chalet


didi tengah memikirkan options yang diberikan oleh tuan kedai

selepas puas bershoping di pasar payang
Malam:
Program malam ni bermula jam 8.30 malam. Kita orang plan nak buat surprise besday party untuk didi dan faie, memandangkan hari lahir dorang jatuh dalam bulan januari (dah tua ghupenye korang ni;p). Dengan bantuan staf cheche yang memang balik bercuti di kuala terenganu, kita orang makan di Nil Restoran (betul kot nama restoran). Dalam jam 10 lebih kami bergerak pulang dan singgah di Masjid Terapung sebelum pulang ke chalet untuk tidur.
hepi besday didi + faie :)
Ahad
Pagi:
Plan pagi ni ialah nak makan nasi dagang, singgah ke Noor Arfah Batik, beli keropok di Seberang Takir dan Losong, satar di Kemaman dan balik ke kL. Kami bersarapan di nasi dagang yang ramai pelanggan dia. Min cakap kedai ni pernah masuk paper, so famous la kedai ni.patutla ramai orang.

bergambar kenangan di pintu masuk Noor Arfah Batik

nasi dagang. yummy!!


um + mila :)
Then, ke Noor Arfah Batik untuk melihat sendiri batik dibuat. Cheche n didi yang banyak tanya kat staf situ..hehe..dalam jam 10 pagi kami ke Seberang Takir untuk bershoping keropok lekor. Yela, pergi ke Terengganu ni kalau tak beli keropok lekor rugi.kat kL ni keropok lekor dia tak asli, banyak tepung. Aku beli 20 batang keropok lekor untuk dibawa ke kL. Kami hanya betul bertolak balik ke kL dalam jam 12.30 tengah hari. Kami tiba di kL pukul 7 malam setelah sehari berada di Kuala Terengganu.

In conclusion, road trip kali ini amat berjaya sekali setelah kali terakhir adalah pada tahun 2008. Next, we are going to have a road trip to penang plak bersempena majlis kenduri cheche + faie nanti. Can’t wait!

Wednesday, January 27, 2010

s.e.r.a.b.u.t.


Aku kalau ada masalah, selalunya aku akan cuba tidur awal dari kebiasaannya. Kalau weekdays biasanya aku akan tidur dalam kul 10.30 malam (lantakla kalau korg cakap aku tido awal sangat). Kalau sesetengah orang tu, dia akan dengar radio ke, buat2 sibuk ke, makan ke n etc. tapi aku tak boleh buat camtu. Kalau aku ada masalah yang berat, aku cuba tido seawal jam 9.30 malam.bukan niatnya aku nak dapat tido lena pun.

Cuma aku harap bila tidur tu, aku boleh lupakan semua masalah. Walhal tak pun..setiap 2 jam aku akan terjaga..teringat balik semua masalah..huhu..pukul 5 baru dapat tidur balik sebelum bangun pukul 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja..sekian
pic by flickr

Friday, January 15, 2010

s.i.n.d.r.o.m.m.a.l.a.s.



pic by flickr

boringnye aku hari ni. tidak produktif langsung. hanya duduk depan pc then surfing internet. wat keje sket je. ada keje yang perlu aku siapkan tapi entah mana datangnye sindrom malas ni, langsung aku tiada mood untuk menyiapkannya..huhu..

kalau big bos tahu, aku camni. mesti dia cakap

"awaklah pegawai yang paling mahal kerajaan bayar gaji"..haha

Thursday, January 7, 2010

m.a.i.n.k.u.t.u

korang pernah "main kutu"? bukan main kutu yang ada banyak melekat kat rambut korang tu..haha.."main kutu" salah satu cara korang simpan duit tapi dengan penyertaan orang lain dan selalunya dibayar pada akhir setiap bulan oleh peserta kepada peserta yang layak dapat pada bulan tersebut. this year tahun kedua aku main kutu dengan staf ofis lain. kalau x silap ada 22 orang (+ aku skali)yang turut serta main kutu ni.

minimum bayaran RM100 seorang dan setiap bulan 2 orang akan dapat duit. means sampai bulan 11 la permainan ni berlangsung. bayaran oleh pemain adalah pada hari ketiga selepas pembayaran gaji. aku dapat turn bulan 6 dan terakhir kot..hehe..nak bagi tahu, aku main 2 nama. so sekali dapat kutu dalam RM1200 + bulan ke 11.pergh, banyak siot!! bleyla aku guna duit tu untuk perkara2 perlu.kan cik um comey?:)

Monday, January 4, 2010

a.d.a.b.d.a.n.t.e.r.t.i.b

juz nak share experience aku semasa menghadiri kenduri salah seorang staf cik um comey di semenyih n ia akan aku ingat sampai bila2. sampai di rumah kenduri, punyala ramai tetamu dia. biasala, kat situ kawasan kampung. so semangat kerjasama dan merewang tu memang kuat. (cik um, kenduri sebelah saya akan dibuat di rumah saya k. bukan dewan:p). then kami beratur untuk ambil makanan.oleh kerana tetamu yang ramai, aku ambil keputusan yang aku duduk dulu sementara um ambil makanan dia.

semasa turn aku beratur ambil makanan, ada pakcik ini potong barisan dan terus ambil nasi tanpa memperdulikan orang lain. aku sangat geram dengan pak cik ni, bile dia jemput isteri dan anak dia potong skali. woii!xde otak ke? orang lain pun nak makan tapi boleh beratur. kenapa ko x boleh!. aku ntah macam mana terlepas kemarahan aku dengan sound pak cik n 'the gengs' dalam bahasa minang.lupe plak nak bagi tahu, kenduri yang kami hadiri tu di dalam kawasan orang minang. pak cik tu tak balas ape2 pn bile aku sound camtu. isteri n anak dia terus bagi laluan kat aku untuk ambil makanan dulu.

sorila, kalau ayah n emak tunjukkan perangai yang kurang ajar. anak2 korang akan ikut sekali contoh yang dipamerkan oleh ayah n emak mereka. yeps! aku agak concerns sikit kalau perkara tu jatuh dalam bab adab n tertib. jangan sampai, kita hilang rasa hormat kat orang yang lagi tua dari kita.

Sunday, December 27, 2009

s.t.r.e.s.s.e.d

huhu..aku stress..keje banyak..ingatkan bile dah akhir tahun ni, keje dah kurang sket tp ni x. makin bertambah.lantakla ngan keje bertimbun ni, aku cuti for the whole of dis week..hahaha..tp yg wat aku hairan, bos tau aku ni de banyak keje tp dia bagi aku keje lg..pegawai yg kurang keje, makin kurang keje bos beri..huhu..

mungkin betul kot apa yg Tan Sri Sam cakap:

"Kalau bos percaya kat kita, kita tahu buat kerja. dia akan beri lg byk keje kat kita n sebaliknya"

masalahnye, bila kerja dah banyak ni. kerja lain akan tertangguh gak. camne eh?

pic by flickr

Monday, December 21, 2009

c.h.r.i.s.t.m.a.s.t.s.a.l.e

pergh..lama gile aku x update blog.sori kawan2, aku agak bz akhir2 tahun ni. byk sgt paper yang perlu aku sediakan.sape cakap yg keje gomen ni xbyk keje..huhu..kementerian aku ni, time2 camnila nak siapkan paper yg byk.

owh, xde ape sgt nk cite. last friday sempat gakla aku bershopping ngan cik um comey kat SOGO. dah lama niat nak beli baju batik baru n seluar slack. cik um comey nak beli perfume. sebelum sembahyang jumaat, kami survey dulu perfume kt sogo. mak aih, ramai gile org bershopping. lagi2 SOGO wat sale plak. ada 3 perfume ktorg survey. 2 givenchy n 1 lg nina ricci. givenchy tu satu botol oren satu lg purple. tp yg botol oren yg aku suke..hehehe..cik um comey suke gak tp harganye yang bley wat x mampu.

sebelum g sembahyang jumaat, cik um sempat tanye pendapat aku perfumes yg mn yg best. of coursela aku jwb yg oren tu..hahaha..(sorila, tp yg botol oren tu mmg best)

oleh kerana shoppingnye ari jumaat, tgharinye aku bersembahyang kat masjid india..haram satu benda dalam khutbah dia aku x paham..hahaha..cik um bley tanye:

"kamu paham ke pe yg imam tu ckp"

aku jwb:

"itula kelebihan saya..ahaks..(padahal nak terlelap aku dgr khutbah)"

balik dari sembahyang jumaat, cik um ckp dia dh decide nak beli perfume yg mn.

"awak, saya nak beli nina ricci la. lgpun nina ricci tu 50 ml je, yg oren tu 100 ml. sy bkn nk pakai lm2 perfume ni. then saya nak outstation lg ke kelantan."

aku jwb:

"ok"

then kami singgah booth nina ricci jap sebelum terpesong ke booth givenchy. dalam hati, aku dah tau yg cik um comey ni suke givenchy oren tu tp aku wat2 cam xtau je.dipendekkan, ntah ape ilmu promoter tu pakai. cik um comey 'terbeli' givenchy oren berharga RM389.aku tersenyum je..hehe

promoter tu siap ckp:

"x gune klw perfumes tu harga dia murah tp kita x suke pn bau dia"

betul x cik um comey?