Monday, January 4, 2010

a.d.a.b.d.a.n.t.e.r.t.i.b

juz nak share experience aku semasa menghadiri kenduri salah seorang staf cik um comey di semenyih n ia akan aku ingat sampai bila2. sampai di rumah kenduri, punyala ramai tetamu dia. biasala, kat situ kawasan kampung. so semangat kerjasama dan merewang tu memang kuat. (cik um, kenduri sebelah saya akan dibuat di rumah saya k. bukan dewan:p). then kami beratur untuk ambil makanan.oleh kerana tetamu yang ramai, aku ambil keputusan yang aku duduk dulu sementara um ambil makanan dia.

semasa turn aku beratur ambil makanan, ada pakcik ini potong barisan dan terus ambil nasi tanpa memperdulikan orang lain. aku sangat geram dengan pak cik ni, bile dia jemput isteri dan anak dia potong skali. woii!xde otak ke? orang lain pun nak makan tapi boleh beratur. kenapa ko x boleh!. aku ntah macam mana terlepas kemarahan aku dengan sound pak cik n 'the gengs' dalam bahasa minang.lupe plak nak bagi tahu, kenduri yang kami hadiri tu di dalam kawasan orang minang. pak cik tu tak balas ape2 pn bile aku sound camtu. isteri n anak dia terus bagi laluan kat aku untuk ambil makanan dulu.

sorila, kalau ayah n emak tunjukkan perangai yang kurang ajar. anak2 korang akan ikut sekali contoh yang dipamerkan oleh ayah n emak mereka. yeps! aku agak concerns sikit kalau perkara tu jatuh dalam bab adab n tertib. jangan sampai, kita hilang rasa hormat kat orang yang lagi tua dari kita.

7 comments:

  1. apa ko cakap beb?
    nak gak tau bahasa minang kau tuh!

    ReplyDelete
  2. pembelajaran oleh cik mila di tahun baru. :)

    ReplyDelete
  3. wah! jarang tgk encik mila meletup. selalu tu cik um je hahaha!!!
    apa exact words ko cakap tu mila? nak gak dgr ko ckp minang.
    aku memang pantang bab2 potong barisan ni. kepantangan paling besar adalah bila org guna emergency lane kat highway. tu pun kira potong barisan gak kan?

    ReplyDelete
  4. xyahla min. ko tnye um pe aku cakap;p

    ReplyDelete
  5. terima kasih mila kerana menulis perkara ini.
    saya paling menyampah org yang rasa dia atau kehidupan dia lebih penting adri orang lain.

    bila potong que dekat jalan raya: adakah hidup kau lebih penting dari orang lain sampai kau tak amik peduli org lain yang dah beratur sekian lama?

    pagi tadi, aku beratur nak beli breakfast. que panjang. tiba2, pegawai mana ntah, dalam umur 40+, aura pegawai gred 52/54.pegi kat depan aki, terus order 'nasi kerabu makan satu' tanpa memperdulikan que yang panjang.

    aku kalau ikut hati memang nak tegur 'tuan, barisan yang dah lama tunggu ni panjang. boleh tak ikut giliran?'

    tapi kau tau lah gomen, aku tak tau aku tegur sape. dia tu org kuat mana2 ke. kut dapat org yang psycho, report aku kurang ajar, tup tup, kena pool. (sempat lagi fikir consequences begitu ketika nak meng order nasi kerabu)

    manusia seperti ini sangat keji.
    walaupun benda yang kecil di mata, tapi ia menggambarkan ciri2 peribadi seseorang.

    maaf kerana komen aku almost sama panjang dengan post kau.

    ReplyDelete
  6. betul tu didi. aku x faham, kalau orang lain boleh ikut, kenapa ada segelintir ni x boleh nak buat.

    attitude yang orang akan lihat nanti, bukan pangkat atau harta. orang akan ingat budi bahasa kita kelak.

    kalau budak2 yang x beradab tu, aku boleh terima. tapi kalau yang buatnya orang2 tua, terus hilang respect aku kt dia.

    ReplyDelete