Tuesday, September 1, 2009

p.e.r.b.u.a.l.a.n.t.e.l.e.f.o.n.

Perbualan telefon antara boyfren dan gurlfren...

gurlfren: awak, gusi saya sakit arr..nak tumbuh gigi geraham bongsu kot..

boyfren: jumpe dentist jom..

gurlfren: xnak arr!!

boyfren: nape?

gurlfren: xnakla..dentist tu no. 2 dalam list horror saya..selepas ********..xnak ar jumpe..

boyfren: hmmm...abah saya?

gurlfren: hehehe..nak kene sepak bontot?;p

Thursday, August 27, 2009

j.u.a.l.a.n.m.u.r.a.h

Demam raya dah kembali!! Semua pusat membeli belah sedang rancak membuat promosi untuk menarik perhatian pelanggan berbelanja di kedai mereka. Masa inilah bermacam promosi, diskaun, rebat diberikan kepada pelanggan khususnya wanita.

Bila kesempatan ini datang terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu kadang kala tidak mampu berfikir panjang sehingga nafsu menguasai diri dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar. Lebih2 lagi apabila individu berkenaan mempunyai kemudahan kad kredit.

Seharusnya, kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan dan bukan mengikut instinct semata2. jika naluri berbelanja berlebihan ini tidak dibendung, pasti individu tersebut mengalami masalah kewangan di masa akan datang.

Apa yang boleh aku nasihatkan ialah pastikan membeli barang yang perlu sahaja. Survey dulu harga barangan sebelum membeli then buat comparison harga. Tetapkan bajet perbelanjaan juga boleh membantu. Akhir sekali yang paling penting, elakkan diri daripada berlegar2 di shoping complex..hehehe

Monday, August 24, 2009

s.e.k.a.d.a.r.u.n.t.u.k.r.e.n.u.n.g.a.n

sedar x sedar dah empat hari kita berpuasa. so camne ngan ibadah puase korg? ok ke x ok? ke dah ada yang tinggal. klw bagi kaum hawa, aku fahamla tp klw kaum adam ni pun dah ada yang tinggal, aku rasa musykil la.cm shah rukh khan, dalam bulan ni die hanya boleh puasa 3 - 4 hari je. alasannya, die kene penuhi tuntutan kerja yang banyak dan x mampu untuk berpuase penuh..ish..

klw kita perhatikan di shoping2 complex dah penuh berjual pakaian baru dan benda2 yang bersangkut paut dengan raya. tp aku paling x ske bile shoping complex tue dah mule mainkan lagu hari raya walaupun kita sebenarnya baru diminggu pertama puasa. x sesuai!!. cam semalam aku b'buke ngan um, bley plak shoping complex ni mainkan lagu raya!! lainla klw dah minggu ketiga berpuasa, barula ok sket.

fikir2kanla...

Sunday, August 23, 2009

r.a.m.a.d.h.a.n.d.a.t.a.n.g.m.e.n.j.e.l.m.a.

pic by flickr

Ramadhan al-mubarak dah kembali setelah setahun meghilangkan diri. Pada bulan ini umat islam digalakkan untuk melipat gandakan amalan.aku menulis disini bukan untuk memberi tazkirah tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman berpuasa sewaktu kecil.

Masih aku ingat lagi, abah n emak akan beri RM1 jika aku berjaya berpuase sehari.Jadi nilainya RM30 aku akan dapat dihujung bulan puase. aku start puase penuh ketika di darjah 2. Pernah gak dulu aku curi2 makan selepas pulang daripada sekolah tapi perbuatan aku tu dapat dihidu oleh abah..hehehe..nasib baik aku x dirotan, klw x. x taula pe nasib aku. 

Klw disekolah agama, aku akan pastikan songkok aku dititiskan air didalamnya supaya sejuk kepala aku ni..hehehe..akhirnya, songkok aku berbau masam..hahaha..dan didalam bulan puase inilah aku n kawan2 yang lain akan menyediakan obor. Seminggu sebelum puase kami akan mencari batang buluh dan pastikan buluh tersebut direndam di dalam air untuk tempoh 4 - 5 ari untuk pastikan buluh tersebut tahan lama. then ktorg akan "menziarahi" kedai2 runcit mencari guni untuk digunakan sebagai penunu obor.x lupe juga minyak tanah.

kadang2 ktorang buat pelita daripada buluh, walaupun kerja ni nampak cam leceh tapi kepuasan bile ia menyala, x dapat aku gambarkan..yelah, korg kene meredah kebun getah nak cari buluh, miang kena buluh lagi..kene potong cantik2 buluh tu klw x nmpak hodoh plak..

Bile nak pegi semayang di masjid, berbondong2 kawan2 aku membawa obor. Bila lalu disebelah je, konfom berbau minyak tanah..haha..tapi itu dulu, sekarang tiada lagi aktiviti sedemikian..minyak tanah pun sekarang susah nak cari..rindunya aku waktu kecil dulu...

Thursday, August 13, 2009

H.1.N.1

Sekarang seluruh dunia heboh ngan H1N1 dan Malaysia pun tidak terkecuali menerima tempias. Sehingga kini angka korban Influenza A (H1N1) di negara ini sudah mencecah 44 orang. Walaupun terdapat pelbagai pihak yang bercanggah pendapat berhubung langkah kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini, aku berpendapat kerajaan telah melakukan yang terbaik. Cuma rakyat negara ini x amik serious wabak ni  and as a result langkah2 yang dibuat kerajaan kurang berkesan. Sebenarnya aku baru je baik daripada demam juz selsema n batuk belum hilang lagi. 2 ari aku dapat mc daripada doc.ms aku kt klinik swasta tu, hampir sejam aku menunggu. Ramai sgt pesakit yang dtg mempunyai simptom H1N1.nasib baik bukan aku yang dpt H1N1 tu.doc tu siappesan, jika demam semakin teruk disarankan pergi ke hospital kerajaan. Ishh, hospital swasta x nak amik pesakit H1N1 ke? Pada aku, tanggungjawab membendung wabak ini perlu diambil bersama dengan swasta dan bukan diletakkan atas bahu kerajaan semata2. until today tiada lg vaksin yang betul2 bley membantu mengekang H1N1. so kepada sume, ambillah langkah berjaga2. Mencegah lebih baik daripada merawati.

Tuesday, July 14, 2009

t.o.p.u.p

Di suatu pagi…

Unknown message: 012662XXXX has been successfully top up with RM50 on 12-07-2009 at   09:45 AM.Ref. No:121898087

Receiver :
Eh, sape plak yang bagi top up ni? (dlm hati:hehehe…rezeki)

Unknown message: Selamat pagi Cik / Encik / Mr / Mrs, tadi saya salah masuk RM50 customer punya no. ke no. Tuan 012662XXXX, semestinya 012622XXXX, so boleh tak Tuan bagi balik dengan cara taip share-no tel-amount ke 22121. Terima kasih atas segalanya.

Receiver: (dalam hati: sian plak dak ni..t’salah top up rupenye..perlu ke aku nak pulangkan balik
RM50 tu? Hmmm…)

Receiver: SHARE 012622XXXX 50

Unknown message:
Tuan, tak semua pun tak apa, tolonglah separuh pun boleh, kasihan saya, kena tanggungjawab dgn bos

Receiver: Saya dah share dah

Unknown message: Ok la, thanx banyak ya


p/s: hmm..klw ikut hati mmg xnk pulangkan..tp tetiba rasa kesian plak kepada penerima sebenar yang patut dapat RM50 tu..bukan hak aku klw nak gunakannya pun..manala tau,die nak gune untuk wat panggilan kecemasan ke..xpela, bukan rezeki aku..)

Monday, July 6, 2009

p.e.r.j.a.l.a.n.a.n.y.a.n.g.m.e.m.e.n.a.t.k.a.n

komtar

last week dari 30 jun - 3 julai 2009, aku diarahkan untuk menghadiri satu bengkel di batu ferringhi, pulau pinang.setelah sekian lama terperap kt ofis, akhirnya aku dpt peluang utk outstation yang jauh sket dr kL.aku suke!!xyah nak ngadap bos hari2, bley jalan2. so, outstation ini boleh diibaratkan sebagai 'percutian'..hehe..

semasa hari kejadian, aku bertolak dlm kul 10 dari umah ke pulau pinang dengan menaiki kereta.perjalanan dianggarkan akan mengambil masa 4 1/2 jam - 5 jam. dlm perjalanan sempat gak aku bersms dengan che che kerana dia juga akan mengendalikan kursus di pulau pinang. alang2 ktorg grak sekali je. oleh kerana che che bercuti di kampung (bagan serai), so ktorg decide untuk b'jumpe selepas tol juru. dalam perjalanan yang panjang aku tanpa disedari telah melebihi had laju yang ditetapkan. selepas dari RnR Bukit Merah aku telah ditahan oleh abang polis.. "Selamat tengahari.saya nak maklumkan yang encik telah memandu melebihi had laju di kilometer 236 dengan kelajuan 123km"..huhu.."mohon, encik tandatangan disini"..aku hanya menurut pe yang diarahkan tanpa merayu..warghh!!melayang la rm300!!!

jem sebelum aku terima surat 'cinta'

Dalam kul 1 ptg aku dah sampai di juru dan singgah di McD for lunch.che che hanya smpai dlm kul 145 ptg then baru ktorg grak ke butterworth. che che mencadangkan ktorg naik feri, jimat minyak katenye.around 3 pm, aku smpai di hotel. program hanya akan bermula pada sebelah mlm.selepas abis program aku dengan sorg lg pegawai ke pasar malam b'hampiran.tujuan ktorg hanya utk membeli dvd haram..hahaha..untuk 3 malam berturut-turut aku ke pasar malam tu.

pemandangan matahari terbenam

3 julai 2009, kul 11 lebih aku b'tolak pulang dengan melalui jambatan ke3 terpanjang di dunia. bertitik tolak dengan kejadian pada 30 Jun, aku hanya membawa keta dgn kelajuan ditetapkan sahaja..ahaks..