Sunday, August 23, 2009

r.a.m.a.d.h.a.n.d.a.t.a.n.g.m.e.n.j.e.l.m.a.

pic by flickr

Ramadhan al-mubarak dah kembali setelah setahun meghilangkan diri. Pada bulan ini umat islam digalakkan untuk melipat gandakan amalan.aku menulis disini bukan untuk memberi tazkirah tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman berpuasa sewaktu kecil.

Masih aku ingat lagi, abah n emak akan beri RM1 jika aku berjaya berpuase sehari.Jadi nilainya RM30 aku akan dapat dihujung bulan puase. aku start puase penuh ketika di darjah 2. Pernah gak dulu aku curi2 makan selepas pulang daripada sekolah tapi perbuatan aku tu dapat dihidu oleh abah..hehehe..nasib baik aku x dirotan, klw x. x taula pe nasib aku. 

Klw disekolah agama, aku akan pastikan songkok aku dititiskan air didalamnya supaya sejuk kepala aku ni..hehehe..akhirnya, songkok aku berbau masam..hahaha..dan didalam bulan puase inilah aku n kawan2 yang lain akan menyediakan obor. Seminggu sebelum puase kami akan mencari batang buluh dan pastikan buluh tersebut direndam di dalam air untuk tempoh 4 - 5 ari untuk pastikan buluh tersebut tahan lama. then ktorg akan "menziarahi" kedai2 runcit mencari guni untuk digunakan sebagai penunu obor.x lupe juga minyak tanah.

kadang2 ktorang buat pelita daripada buluh, walaupun kerja ni nampak cam leceh tapi kepuasan bile ia menyala, x dapat aku gambarkan..yelah, korg kene meredah kebun getah nak cari buluh, miang kena buluh lagi..kene potong cantik2 buluh tu klw x nmpak hodoh plak..

Bile nak pegi semayang di masjid, berbondong2 kawan2 aku membawa obor. Bila lalu disebelah je, konfom berbau minyak tanah..haha..tapi itu dulu, sekarang tiada lagi aktiviti sedemikian..minyak tanah pun sekarang susah nak cari..rindunya aku waktu kecil dulu...

4 comments:

  1. a true Kampung Boy you are! aku suka!!!!

    (suka experience je um, bukan laki ko :P)

    ReplyDelete
  2. aku mula puasa penuh darjah 1
    dan sama macam kau, aku disogok dengan RM1 sehari berpuasa

    aku pun curi2 makan gak
    dan mengajar adik aku yg lain untuk menipu

    chief geng dari dulu lagi
    haha

    ReplyDelete