Thursday, August 27, 2009

j.u.a.l.a.n.m.u.r.a.h

Demam raya dah kembali!! Semua pusat membeli belah sedang rancak membuat promosi untuk menarik perhatian pelanggan berbelanja di kedai mereka. Masa inilah bermacam promosi, diskaun, rebat diberikan kepada pelanggan khususnya wanita.

Bila kesempatan ini datang terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu kadang kala tidak mampu berfikir panjang sehingga nafsu menguasai diri dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar. Lebih2 lagi apabila individu berkenaan mempunyai kemudahan kad kredit.

Seharusnya, kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan dan bukan mengikut instinct semata2. jika naluri berbelanja berlebihan ini tidak dibendung, pasti individu tersebut mengalami masalah kewangan di masa akan datang.

Apa yang boleh aku nasihatkan ialah pastikan membeli barang yang perlu sahaja. Survey dulu harga barangan sebelum membeli then buat comparison harga. Tetapkan bajet perbelanjaan juga boleh membantu. Akhir sekali yang paling penting, elakkan diri daripada berlegar2 di shoping complex..hehehe

4 comments:

  1. xde perli sape2 pn..tp betulla kan nasihat saya tu?

    ReplyDelete
  2. hahahaha um terasa? aku dah baca pun entry ko ni. ye la mila. aku tau. aku ni bukan impulse shopper ye. aku memang kaki membeli. tapi dengan plan ok.

    ReplyDelete
  3. saya hanya rambang mata bila membeli makanan.

    cold storage tu adalah heaven aku. kalau boleh, nak try semua benda. huhu.

    ReplyDelete