Thursday, March 11, 2010

m.e.n.t.a.l.i.t.i.


Last week aku berpeluang terlibat dalam satu operasi bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan profile pengemis atau golongan homeless (gelandangan) yang berada di sekitar Pasar Seni, Puduraya dan di belakang bangunan Kompleks Daya Bumi.

Pandangan awal aku kepada golongan ni jauh meleset. Ingatkan golongan ini apabila dibantu oleh agensi kerajaan mahupun kementerian akan membantu mereka daripada merempat dan mengemis. Tapi ini tak, mereka lebih suka duduk merempat dan tidur di jalanan daripada tinggal di rumah-rumah kebajikan. Alasan mereka mudah iaitu "saya nak kebebasan".

Dan apabila mereka ini ditawarkan pekerjaan pula, pelbagai alasan diberi untuk menolak tawaran tersebut. Ada satu wanita ni ditawarkan pekerjaan di kedai mamak sebagai cleaner dengan penginapan disediakan sekali. Dia jawab dengan tanpa banyak soal menolak tawaran tersebut dengan alasan "kalau tempat kerja tu ada aircond, ok gak". What!! ko boleh demand pulak. Ko sebelum ini tiada pekerjaan, bila sudah ada peluang, ko boleh minta bukan2! Inilah masalah mentaliti yang tidak mahu berubah. Semua perlu disediakan, baru boleh laksanakan.

Lagi satu contoh, seorang pemuda berumur dalam lingkungan 28 tahun meminta bantuan kebajikan dengan alasan sukar mendapat pekerjaan. So pegawai ini cuba untuk aturkan satu interview dengan sebuah syarikat yang mendapat kontrak membersihkan gerabak keretapi. Pemuda ini dengan mentah2 menolak tawaran tersebut kerana "owh, kerja tu berat sangatla". Huh!! dah bagi betis nak peha pula.

Inilah masalah mentaliti yang perlu diubah dikalangan masyarakat. Perubahan dari segi minda perlu dilaksanakan dahulu sebelum melaksanakan sesuatu keputusan kerana ada kalanya masyarakat tidak dapat menerima keputusan tersebut. Jangan ingat semua yang diberi pada masa ini akan berkekalan, sampai satu masa, semua ini akan ditamatkan.

pic by flickr

4 comments:

  1. Betul Mila. Aku pun faham perasaan yang sangat menyampah dengan org yang tak mahu berusaha pun utk make a beetter life for themselves. Bukan utk org lain pun, utk diri sendiri pun xnak.

    Lebih rela tunggu org bagi bantuan. Mental illness dah ni.

    Btw, gaya penulisan kau adalah sgt 'gomen'. sagt mila. :)

    ReplyDelete
  2. didi,

    hahaha..aku saja je nak ubah gaya penulisan. yang ni baru nampak terpelajar sikit..ahaks

    ReplyDelete
  3. Lemme guess. Org 28 tahun tu Melayu kan?
    Melayu mmg nak senang dengan senang. Tak nak berusaha. Kalo ada skim cepat kaya je, tros grab the chance altho tau itu skim tipu.

    So sbb tu la kadang, hal speciality org melayu mungkin kene tarik balik. So melayu sedar and tak lupa and bangkit dari day dreaming.

    *Panas je rasa bila perangai melayu mcm tu*

    ReplyDelete
  4. mursapap,

    a'ah, melayu.sekarang kerajaan dah support banyak sangat nak bantu mereka ini. kita mintak mereka berusaha je, itu pun bermacam alasan diberikan. jangan sampai satu tahapp, Malaysia jadi welfare state. Masa tu, nak tarik sikit je keistimewaan, orang ramai akan memberontak. nanti tak tercapai pulak hasrat kerajaan nak laksanakan hasrat kerajaan berkaitan pendapatan lebih tinggi.

    ReplyDelete