Thursday, August 27, 2009
j.u.a.l.a.n.m.u.r.a.h
Bila kesempatan ini datang terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu kadang kala tidak mampu berfikir panjang sehingga nafsu menguasai diri dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar. Lebih2 lagi apabila individu berkenaan mempunyai kemudahan kad kredit.
Seharusnya, kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan dan bukan mengikut instinct semata2. jika naluri berbelanja berlebihan ini tidak dibendung, pasti individu tersebut mengalami masalah kewangan di masa akan datang.
Apa yang boleh aku nasihatkan ialah pastikan membeli barang yang perlu sahaja. Survey dulu harga barangan sebelum membeli then buat comparison harga. Tetapkan bajet perbelanjaan juga boleh membantu. Akhir sekali yang paling penting, elakkan diri daripada berlegar2 di shoping complex..hehehe
Monday, August 24, 2009
s.e.k.a.d.a.r.u.n.t.u.k.r.e.n.u.n.g.a.n
klw kita perhatikan di shoping2 complex dah penuh berjual pakaian baru dan benda2 yang bersangkut paut dengan raya. tp aku paling x ske bile shoping complex tue dah mule mainkan lagu hari raya walaupun kita sebenarnya baru diminggu pertama puasa. x sesuai!!. cam semalam aku b'buke ngan um, bley plak shoping complex ni mainkan lagu raya!! lainla klw dah minggu ketiga berpuasa, barula ok sket.
fikir2kanla...
Sunday, August 23, 2009
r.a.m.a.d.h.a.n.d.a.t.a.n.g.m.e.n.j.e.l.m.a.
pic by flickr
Ramadhan al-mubarak dah kembali setelah setahun meghilangkan diri. Pada bulan ini umat islam digalakkan untuk melipat gandakan amalan.aku menulis disini bukan untuk memberi tazkirah tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman berpuasa sewaktu kecil.
Masih aku ingat lagi, abah n emak akan beri RM1 jika aku berjaya berpuase sehari.Jadi nilainya RM30 aku akan dapat dihujung bulan puase. aku start puase penuh ketika di darjah 2. Pernah gak dulu aku curi2 makan selepas pulang daripada sekolah tapi perbuatan aku tu dapat dihidu oleh abah..hehehe..nasib baik aku x dirotan, klw x. x taula pe nasib aku.
Klw disekolah agama, aku akan pastikan songkok aku dititiskan air didalamnya supaya sejuk kepala aku ni..hehehe..akhirnya, songkok aku berbau masam..hahaha..dan didalam bulan puase inilah aku n kawan2 yang lain akan menyediakan obor. Seminggu sebelum puase kami akan mencari batang buluh dan pastikan buluh tersebut direndam di dalam air untuk tempoh 4 - 5 ari untuk pastikan buluh tersebut tahan lama. then ktorg akan "menziarahi" kedai2 runcit mencari guni untuk digunakan sebagai penunu obor.x lupe juga minyak tanah.
kadang2 ktorang buat pelita daripada buluh, walaupun kerja ni nampak cam leceh tapi kepuasan bile ia menyala, x dapat aku gambarkan..yelah, korg kene meredah kebun getah nak cari buluh, miang kena buluh lagi..kene potong cantik2 buluh tu klw x nmpak hodoh plak..
Bile nak pegi semayang di masjid, berbondong2 kawan2 aku membawa obor. Bila lalu disebelah je, konfom berbau minyak tanah..haha..tapi itu dulu, sekarang tiada lagi aktiviti sedemikian..minyak tanah pun sekarang susah nak cari..rindunya aku waktu kecil dulu...