Tuesday, September 7, 2010

s.e.l.a.m.a.t.h.a.r.i.r.a.y.a.

Selamat Hari Raya semua! mesti semua sekarang ni tengah sibuk buat preparation untuk menyambut hari raya.InsyaAllah, tahun ini tahun terakhir aku beraya sebagai anak bujang. tahun depan dah tukar status lain plak dah :). Persiapan untuk raya tahun ini tidaklah berlebihan,sedang2 je..hehe..(nak gune banyak duit pasni)

Sambutan hari raya tahun ini, aku beraya di Gombak dahulu dan raya ke2 baru bergerak ke Perak plak. so kepada kawan2 yang nak datang rumah aku, dipersilakan datang dalan raya ke4 k. qwh, sekarang ni macam tak rasa dah "aura" hari raya tu.aku x tau kenapa..macam hambar je rasanya. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lebaran". Maaf zahir dan batin. Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah silap, terkasar bahasa, termengumpat ke dan lain-lain.

Monday, July 26, 2010

m.a.j.l.i.s.p.e.r.t.u.n.a.n.g.a.n.

 

uish, lama dah x update blog.macam2 perkara dah berlaku kat aku sepajang masa tersebut tapi ada 2 big event je yang bakal mengubah hidup aku :).

Pertama: Pada tanggal 22 Mei 2010, ibu bapa aku telah berkunjung ke Johor Bharu. Lebih tepat lagi ke Plentong Baru bagi tujuan risikan hehehe..bukanla, merisik sebenarnya. Alhamdulillah, majlismerisik berjalan dengan lancar.

Kedua: Majlis pertunangan telah berjalan dengan jayanya dengan Cik Sharifah Um Liyana pada 17 Julai 2010. Terima kasih kepada Gengs! yang sudi menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Nexr step, majlis kenduri kawen. Owhhh..aku kena start daripada mula balik. Buat hantaran, khemah, baju etc. Banyaknye keje lagi..huhu

Tuesday, May 18, 2010

c.h.e.c.k.l.i.s.t.

Tinggal 4 hari je lg!..perasaan aku sekarang ni excited+gubra+nervous..huhu..dalam otak ni, penuh fikir, apa lagi benda yang aku kena buat, ada perkara yang tertinggal tak?..harap2 semuanya berjalan dengan baik tanpa perkara buruk berlaku.kalau tiada aral maybe satu kereta sahaja akan bergerak ke johor.satu lagi fasa kehidupan aku dan i'm looking forward..hehe..

Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada cheche dan faie yang telah menempuh alam berumahtangga.dalam Gengs sekarang tinggal 5 orang je lagi belum berkahwin iaitu min,yantie, max, um + mila (coming soon). Hopefully, bila sudah berkahwin ni, hubungan Gengs akan berkekalan sampai bila2.

Monday, May 10, 2010

p.e.n.a.n.t.i.a.n.

uish, tinggal 10 hari je ;p..cepatnya masa berlalu.makan tido,makan tido..rasanya dah x lama je.betul la pe orang lain cakap. kalau dihitung, hari yang selama ini kita rasa lama je. rupanya takla lama sangat..huhu..korang tak faham?hehehe..korang fikirla sendiri :)

p/s: nervous la plak..huhu

Tuesday, May 4, 2010

a.l.k.i.s.a.h.

owh, aku semakin bz dengan kerja.banyak paper perlu disetelkan..huhu..semua urgent sampai aku tak bley kategorikan yang mana lagi priority.itu bab keje, tak masuk bab life aku.insyAllah, kalau xde aral, aku n um bakal disatukan:)(suke!) sesape yang kenal kita orang mesti dorg faham camne kita orang bersabar dan bertahan..huhu..xpe, tinggalkan cerita sedih.skang masuk bab cerita gembira..hehe..so, banyakla preparation yang kita orang perlu buat.duit saving aku laju je keluar..huhu..xpela, tuk masa hadapan.ape pun, perlu pandang ke depan..hehe

Thursday, April 22, 2010

j.e.p.u.n.p.a.r.t.o.n.e.

sori beb, lama dah aku tak update blog. ramai mintak aku upload gambar semasa aku di jepun. so ni antara gambarnya.
"pakcik, terima kasih jadi pelakon jap"


dari angle lain


sakura + bunge pe ntah



gambar dari jarak dekat bunga sakura

pun bunga sakura



ni spesis lain


lagi pokok bunga sakura


pokok bunga sakura

Tuesday, March 30, 2010

p.a.n.g.k.a.t.t.i.n.g.g.i.p.u.n.t.a.k.g.u.n.e.

aku sangat bengang bila bos yang berpangkat 5x tak dapat membantu dengan memberi pandangan ke, input ke yang boleh bantu aku siapkan speech dan press statement menteri ni. Dengan level ko yangtinggi, ko menyandangnye bukan ko nak dapat gaji buta je. Sebagai bos, ko perlu lihat orang di bawah, apa kerja pegawai bawahan ko buat, bantu dengan beri input yang sesuai, back up anak2 buah ko bukan senyap.

tak faham aku bila diarah hadir mesyuarat dia boleh tai chi ke pegawai lain dengan alasan "saya baru lagi, jadi saya tak tau subject matter ni". macam mana ko nak tau kalau ko sendiri pun tak nak tau! boleh je, sebelum ko pergi mesyuarat, dapatkan input dari kami. tak pun ko bawak kami dalam mesyuarat tu.

bengang!!