teringat masa aku masih bersekolah dolu2..time cuti niela aku g merayap..hehehe..pagi2 kul 9 aku dh kua umah..balik umah kul 12 tengahari utk lunch n rehat.kul 430 ptg kua balik, g sambung merayap..Antara permainan / aktiviti yang aku buat sewaktu cuti sekolah adalah seperti berikut:
Memancing
Nie aktiviti paling aku minat.sungai sebelah umah je, x jauh pun klw aku nk g memancing. slalunye aku x gune pun batang pancing yang moden pn. aku gune batang buluh, xpun batang bertam.umpan aku cari blakang umah.umpan feveret was 'cacing peram'..hahaha..hasil drpd memancing, klw aku x mkn, aku bela ikan tu.
Konda kundi
Salah satu permainan tradisional yang hanya memerlukan kawasan tanah yang luas, kayu dan juga pemain yang tiada had.Tempat feveret ktorng main konda kundi kat halaman umah arwah nenek lamah.
Selipar tiga
Permainan yang hanya perlukan 3 selipar yang ditegakkan dalam bentuk piramid (perlukan kemahiran untuk tegakkan selipar ni) dan juga selipar2 lain yang perlu dibaling tepat ke arah 3 selipar tersebut oleh pemain. Bila 3 selipar tu dah jatuh, team lagi satu akan menghalang team pembaling daripada menegakkakn kembali selipar dengan membaling selipar a.ka cop ke arah team pembaling. Team pembaling yang kena cop dengan selipar dikira mati.
Congkak
Aku ingat lagi ktorg main congkak x perlu pun beli kt kedai mainan. juz korek tanah, wat lubang n buah getah je diperlukan.
Lawan buah getah
Permainan nie wat aku lemah sket coz selain ko kene masuk kebun getah mencari buah getah, ko kena pastikan tangan ko kuat untuk memecahkan buah getah yang dipunyai orang lain. korg juz himpitkan buah getah kwn ko n ko punye, then pecahkan.
Main sorok-sorok
Antara permainan yang aku paling terer skali. tempat tuk ko menyorok tidak terhad. ko bley menyorok kat atas pokok, dalam reban ayam, bawah tangga, dalam jamban;p, bawah umah etc.
Roundes (betul ke aku eja?)
Permainan ni cam baseball @ softball tapi disesuaikan dengan budaya tempatan. Nama tempat feveret ktorg main roundes ialah kt padang pasir;p
Main masak-masak
hahaha..korg mesti tau corak permainan ni camne kn?;p
Lawan guli
Nie aku main kt dalam longkang je, xpun kt atas tanah lapang. Banyak modal gak nak main guli ni, klw korg asyik kalah ar..ahaks
Gasing
Main gasing ni byk caranye..korg bley main gasing pangkah, gasing yg b'putar paling lama n etc. klw main gasing pangkah, make sure gasing lawan ko pecah.klw x pecah jgn balik umah..hehe
Masuk dusun orang
Aktiviti ni ktorg wat dgn kerap di waktu musim buah;p..banyak hasilnya masuk dusun org ni..nk tahu ape hasilnye? korg pkla sendiri.
hmmmm...banyak lagi permainan yang aku turut serta tapi x cukup rasanya klw aku xplain kt cni. so, jgn lupe budaya dan permainan tradisional kita.
pic by flickr
aku suka rounders, lawan guli, baling selipar, gasing, konda kondi. semua best. tapi kena catu aaa makcik aku kata mainan jantan tu semua. hahaha
ReplyDeleteswitakon,
ReplyDeletepermainan tu sume x ramai da dak2 skang yg main.sedih aku..huhuhu