Saturday, June 27, 2009
m.o.t.o.r
balik dari seminar trus tukar baju then g kedai moto.aku nk tuka cover body moto.almost rm250++ duit aku melayang.hmmm..xpela,dh dekat 7 tahun aku gune moto tue n cover body lama tue wajar digantikan yg baru. warna yg aku pilih adalah biru dan digandingkan dgn sport rims berwarna putih.cantik sioot:)
Wednesday, June 24, 2009
n.g.e.r.i
Saturday, June 20, 2009
t.o.u.r.d.b.o.t.a.n.i
um ckp die dh tempah beskal utk 2 org, jam 930pg n paling lewat daftar kt sn dlm 945pg. oleh kerana ktorg agak t'gesa2 nk ke sana tanpa b'sarapan, ktorg singgah di petronas n dptkn roti n air then br ke sana.
smpai je kt sn, berduyun-duyun rombongan sekolah yg dh de kt situ. x silap de 4 buah bas membawa rombongan budak2 sekolah. ramainye!!tp tu bkn masalahnye.mslhnye langit dh gelap n jangkaanya hari akan hujan. utk naik basikal yg disediakan di taman botani, anda perlu pergi ke kaunter n bayar rm4 utk 1 jam (weekend) manakala rm4 utk 2 jam (weekdays). pekerja kaunter maklumkn kt um yg hari nak ujan so berbasikal x digalakkan. lgpun nnt customer akan claim balik duit dorg coz ari ujan. oleh kerana ktorg dh plan lama nk berbasikal kt cni, um ckp yg ktorg xkn wat claim klw ari ujan...hehehe
next ktorg pilih basikal n pusing2 satu taman.bley tahan gak letih bwk basikal ni. mn xnye, naik bukit n turun bukit.tgh sedap merempit;p ari ujan plak!!hehehe..ape lg, kene cr tempat utk berteduh. mslhnye, taman ni x byk tempat berteduh disediakan!!t'pksa la g ke kawasan restoran putrajya seafood.smpai kt c2, ghupenye de program Formula Future. program ni adalah program paling basic sblm melangkah ke Formula 1 (Boat). ramai gakla penunggang basikal lain yg berteduh disini.
ktorg b'teduh dlm 15 minit sblm pulang kembali ke kaunter n pulangkan basikal. so kpd sape2 yg ingin b'senam tp x tau cr yg mudah utk membuat senaman, jgn malu jgn segan, silalah naik basikal. taman botani antara tempat yg menyediakan kemudahan berbasikal.
pic taken from sony ericsson W880i
Tuesday, June 16, 2009
h.a.r.i.y.a.n.g.c.e.r.a.h
Petangnye plak mmg ktorg dah plan nak g gym kat presint 9.kul 5 ktorg smpai kt sn.de brader kt ctu bgtau sog register dulu kt kaunter n bayar RM2.horey!murah je pn.de semangat berkobar2, ktorg g kaunter. then org kt kaunter tu tanya 'akak n abang bwk towel x?'..hah! towel?..sejak bile plak kene bwk towel.'x bwk la dik'..'klw akak n abg x bwk, abg n akan x bley msuk kt gym'..ceh!wat penat je ktorg dtg..'hmmm,xpela dik.lain x je ktorg dtg'..'ok, gym tutup kul 10mlm.so abg n akak bley dtg bile2 je'..hmmm,terbantutla hasrat nk g gym..
last, ktorg g joging je keliling taman botani je. bleyla, dr x wat pape.at least kua peluh gak kn? geng, ari jumaat pas bis keje.jom g gym kt presint 9!!
Wednesday, June 10, 2009
k.i.s.a.h.h.i.d.u.p.k.u.d.i.m.a.s.a.k.e.c.i.l
teringat masa aku masih bersekolah dolu2..time cuti niela aku g merayap..hehehe..pagi2 kul 9 aku dh kua umah..balik umah kul 12 tengahari utk lunch n rehat.kul 430 ptg kua balik, g sambung merayap..Antara permainan / aktiviti yang aku buat sewaktu cuti sekolah adalah seperti berikut:
Memancing
Nie aktiviti paling aku minat.sungai sebelah umah je, x jauh pun klw aku nk g memancing. slalunye aku x gune pun batang pancing yang moden pn. aku gune batang buluh, xpun batang bertam.umpan aku cari blakang umah.umpan feveret was 'cacing peram'..hahaha..hasil drpd memancing, klw aku x mkn, aku bela ikan tu.
Konda kundi
Salah satu permainan tradisional yang hanya memerlukan kawasan tanah yang luas, kayu dan juga pemain yang tiada had.Tempat feveret ktorng main konda kundi kat halaman umah arwah nenek lamah.
Selipar tiga
Permainan yang hanya perlukan 3 selipar yang ditegakkan dalam bentuk piramid (perlukan kemahiran untuk tegakkan selipar ni) dan juga selipar2 lain yang perlu dibaling tepat ke arah 3 selipar tersebut oleh pemain. Bila 3 selipar tu dah jatuh, team lagi satu akan menghalang team pembaling daripada menegakkakn kembali selipar dengan membaling selipar a.ka cop ke arah team pembaling. Team pembaling yang kena cop dengan selipar dikira mati.
Congkak
Aku ingat lagi ktorg main congkak x perlu pun beli kt kedai mainan. juz korek tanah, wat lubang n buah getah je diperlukan.
Lawan buah getah
Permainan nie wat aku lemah sket coz selain ko kene masuk kebun getah mencari buah getah, ko kena pastikan tangan ko kuat untuk memecahkan buah getah yang dipunyai orang lain. korg juz himpitkan buah getah kwn ko n ko punye, then pecahkan.
Main sorok-sorok
Antara permainan yang aku paling terer skali. tempat tuk ko menyorok tidak terhad. ko bley menyorok kat atas pokok, dalam reban ayam, bawah tangga, dalam jamban;p, bawah umah etc.
Roundes (betul ke aku eja?)
Permainan ni cam baseball @ softball tapi disesuaikan dengan budaya tempatan. Nama tempat feveret ktorg main roundes ialah kt padang pasir;p
Main masak-masak
hahaha..korg mesti tau corak permainan ni camne kn?;p
Lawan guli
Nie aku main kt dalam longkang je, xpun kt atas tanah lapang. Banyak modal gak nak main guli ni, klw korg asyik kalah ar..ahaks
Gasing
Main gasing ni byk caranye..korg bley main gasing pangkah, gasing yg b'putar paling lama n etc. klw main gasing pangkah, make sure gasing lawan ko pecah.klw x pecah jgn balik umah..hehe
Masuk dusun orang
Aktiviti ni ktorg wat dgn kerap di waktu musim buah;p..banyak hasilnya masuk dusun org ni..nk tahu ape hasilnye? korg pkla sendiri.
hmmmm...banyak lagi permainan yang aku turut serta tapi x cukup rasanya klw aku xplain kt cni. so, jgn lupe budaya dan permainan tradisional kita.
pic by flickr