Tuesday, March 30, 2010

p.a.n.g.k.a.t.t.i.n.g.g.i.p.u.n.t.a.k.g.u.n.e.

aku sangat bengang bila bos yang berpangkat 5x tak dapat membantu dengan memberi pandangan ke, input ke yang boleh bantu aku siapkan speech dan press statement menteri ni. Dengan level ko yangtinggi, ko menyandangnye bukan ko nak dapat gaji buta je. Sebagai bos, ko perlu lihat orang di bawah, apa kerja pegawai bawahan ko buat, bantu dengan beri input yang sesuai, back up anak2 buah ko bukan senyap.

tak faham aku bila diarah hadir mesyuarat dia boleh tai chi ke pegawai lain dengan alasan "saya baru lagi, jadi saya tak tau subject matter ni". macam mana ko nak tau kalau ko sendiri pun tak nak tau! boleh je, sebelum ko pergi mesyuarat, dapatkan input dari kami. tak pun ko bawak kami dalam mesyuarat tu.

bengang!!

Wednesday, March 24, 2010

b.a.r.u.b.e.l.a.j.a.r.

Korang pernah dengar tak GOE a.k.a Generic Office Environment? Dalam erti kata lain, GOE ini selaras dengan hasrat kerajaan berkaitan e-Government dan juga in line with Aplikasi Perdana Kerajaan. So, jika sebelum ini korang banyak guna paper apabila menyediakan kertas kerja, surat, minit mesyuarat etc. Sekarang semuanya mampu dibuat secara online n paperless. Dengan bangganya, bahagian aku adalah bahagian pertama di kementerian yang menggunakan aplikasi ini (bangga dowh..hehe). Baru je aku guna, start awal bulan Mac lepas.
Pertama kali menggunakan aplikasi ini memang memeningkan aku. Kalau sebelum ni, aku sediakan surat dalam 5 minit, sekarang dah jadi 15 minit..hahaha..bukan salah aplikasi ini tapi salah aku yang tak cekap lagi;p. bak kata mantan Perdana Menteri:
"Perkara baru tentulah susah diamalkan. Sekiranya ia dibuat berulang-ulang kali, akhirnya ia menjadi mudah dan selesa"

Thursday, March 11, 2010

m.e.n.t.a.l.i.t.i.


Last week aku berpeluang terlibat dalam satu operasi bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan profile pengemis atau golongan homeless (gelandangan) yang berada di sekitar Pasar Seni, Puduraya dan di belakang bangunan Kompleks Daya Bumi.

Pandangan awal aku kepada golongan ni jauh meleset. Ingatkan golongan ini apabila dibantu oleh agensi kerajaan mahupun kementerian akan membantu mereka daripada merempat dan mengemis. Tapi ini tak, mereka lebih suka duduk merempat dan tidur di jalanan daripada tinggal di rumah-rumah kebajikan. Alasan mereka mudah iaitu "saya nak kebebasan".

Dan apabila mereka ini ditawarkan pekerjaan pula, pelbagai alasan diberi untuk menolak tawaran tersebut. Ada satu wanita ni ditawarkan pekerjaan di kedai mamak sebagai cleaner dengan penginapan disediakan sekali. Dia jawab dengan tanpa banyak soal menolak tawaran tersebut dengan alasan "kalau tempat kerja tu ada aircond, ok gak". What!! ko boleh demand pulak. Ko sebelum ini tiada pekerjaan, bila sudah ada peluang, ko boleh minta bukan2! Inilah masalah mentaliti yang tidak mahu berubah. Semua perlu disediakan, baru boleh laksanakan.

Lagi satu contoh, seorang pemuda berumur dalam lingkungan 28 tahun meminta bantuan kebajikan dengan alasan sukar mendapat pekerjaan. So pegawai ini cuba untuk aturkan satu interview dengan sebuah syarikat yang mendapat kontrak membersihkan gerabak keretapi. Pemuda ini dengan mentah2 menolak tawaran tersebut kerana "owh, kerja tu berat sangatla". Huh!! dah bagi betis nak peha pula.

Inilah masalah mentaliti yang perlu diubah dikalangan masyarakat. Perubahan dari segi minda perlu dilaksanakan dahulu sebelum melaksanakan sesuatu keputusan kerana ada kalanya masyarakat tidak dapat menerima keputusan tersebut. Jangan ingat semua yang diberi pada masa ini akan berkekalan, sampai satu masa, semua ini akan ditamatkan.

pic by flickr