Thursday, February 4, 2010

r.o.a.d.t.r.i.p.

Yeayy!! Akhirnya hari-hari dinanti telah tiba. Road trip ke Terengganu bersama Gengs telah diadakan last. Walaupun kita orang buat last minute planning tapi road trip tersebut berjalan dengan jayanya..:)..kita orang ni kalau plan awal2 pun selalunya tak jadi..hehe..seramai 5 orang ahli Gengs + syazwan (suami didi) + faie (tunang cheche) telah ikut serta.ahli Gengs yang lain tidak dapat mengikuti trip kali ini atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Tujuan ke sana untuk membeli batik Gengs!

Sabtu

Pagi:
Awal2 pagi lagi dalam jam 5.59 a.m kami sudah bertolak ke Terengganu dengan menaiki 2 kereta persona berwarna ungu;p. Kemudian singgah sebentar di petronas selepas genting sempah untuk menunaikan sembahyang subuh sebelum terus ke destinasi pertama iaitu bersarapan di Hai Peng! Kami sampai dalam jam 10 pagi. Memang dah niat, aku nak order cham (betul ke aku eja) panas. Aku order nasi lemak dan tuna sandwich. Cik um comey juz order limau ais kerana kurang sihat selepas melalui jalan LPT yang beralun2. Habis je bersarapan kami terus bergerak ke Kuala Terengganu.


meh datang sini untuk mencuba menu kopitiam

Tengah hari / Petang:
Kami tiba di Kuala Terengganu dalam jam 12.30 tengahari dan menginap di Qurata Riverside (sebelah Masjid Terapung). Jam 2 petang kami ke Pasar Payang untuk membeli belah. Betul la, kat sini batik dia memang murah. Siap peniaga tu boleh bagi diskaun RM100!giler;p. Memang niat utama nak beli batik Gengs tapi oleh kerana dah rambang mata. Tujuan asal pun terpesong, kami beli batik untuk diri sendiri..hahaha..lama jugak kami kat pasar payang. Pukul 6 petang baru pulang ke chalet


didi tengah memikirkan options yang diberikan oleh tuan kedai

selepas puas bershoping di pasar payang
Malam:
Program malam ni bermula jam 8.30 malam. Kita orang plan nak buat surprise besday party untuk didi dan faie, memandangkan hari lahir dorang jatuh dalam bulan januari (dah tua ghupenye korang ni;p). Dengan bantuan staf cheche yang memang balik bercuti di kuala terenganu, kita orang makan di Nil Restoran (betul kot nama restoran). Dalam jam 10 lebih kami bergerak pulang dan singgah di Masjid Terapung sebelum pulang ke chalet untuk tidur.
hepi besday didi + faie :)
Ahad
Pagi:
Plan pagi ni ialah nak makan nasi dagang, singgah ke Noor Arfah Batik, beli keropok di Seberang Takir dan Losong, satar di Kemaman dan balik ke kL. Kami bersarapan di nasi dagang yang ramai pelanggan dia. Min cakap kedai ni pernah masuk paper, so famous la kedai ni.patutla ramai orang.

bergambar kenangan di pintu masuk Noor Arfah Batik

nasi dagang. yummy!!


um + mila :)
Then, ke Noor Arfah Batik untuk melihat sendiri batik dibuat. Cheche n didi yang banyak tanya kat staf situ..hehe..dalam jam 10 pagi kami ke Seberang Takir untuk bershoping keropok lekor. Yela, pergi ke Terengganu ni kalau tak beli keropok lekor rugi.kat kL ni keropok lekor dia tak asli, banyak tepung. Aku beli 20 batang keropok lekor untuk dibawa ke kL. Kami hanya betul bertolak balik ke kL dalam jam 12.30 tengah hari. Kami tiba di kL pukul 7 malam setelah sehari berada di Kuala Terengganu.

In conclusion, road trip kali ini amat berjaya sekali setelah kali terakhir adalah pada tahun 2008. Next, we are going to have a road trip to penang plak bersempena majlis kenduri cheche + faie nanti. Can’t wait!