Wednesday, September 30, 2009

r.a.y.a.d.a.t.a.n.g.l.a.g.i

Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan "Selamat Hari raya" kepada semua member2 yang beragama Islam. Raya ni aku bercuti sepanjang minggu lepas. dari segi persiapan, aku x beli banyak barang pun. mostly duit aku spent untuk adik2 aku n beli barangan di rumah. baju melayu pun aku gune last year punye dan satu2nya pakaian yang aku beli ialah sampin. itu pun sebab aku xde sampin yang matching dengan baju melayu (sampin dibeli bersama2 cik um comey;p). raya pertama dan kedua aku berada di gombak. manakala raya ketiga dan keempat aku beraya sakan di sabak bernam dan perak.then raya ketujuh aku berkunjung ke rumah um di johor;)..hehe

oleh kerana telah diputuskan aku akan pulang bersama ke KL dengan cik um comey, maka aku bertolak ke johor dengan menaiki bas sahaja. hari khamis aku ke puduraya untuk membeli tiket bas. pekerja kaunter memaklumkan yg aku perlu menaiki bas di bukit jalil dan bukan di puduraya. bile aku maklumkan kat cik um comey, dia yang jadi gelabah.

"Nape naik kt bukit jalil bukan kt puduraya?"

"Kat tiket tu die tulis platform brape x?"

Itu adalah antara pertanyaan daripada cik um comey. risau sgt aku ni salah naik bas ke johor sorang2 (tula, sape soh xnk teman! ;p). even bila aku di bukit jalil untuk menaiki bas pun dia soh cek tiket tu betul2.

"Klw x jumpe platform bas, kol ****liner k?"

hehe..cumel plak bile dia cakap cam2.cik um comey, saya ni memangla jarang naik bas ekspres tp x mungkin saya akan sesat ke johor..ahaks:)

Semasa berkunjung ke rumah cik um comey, sempat gak aku berkunjung ke hospital. melawat kimi n aiman (skang ni kimi jd pesaing terdekat aku nk jd bf cik um comey..hehe)..kemudian berkunjung ke rumah kawan cik um comey di kulai sebelum pulang ke KL.

nota:

hmmm, masa di johor rasanya setiap umah yang dikunjungi, aku makan 2 pinggan juadah yang disediakan..huhu..

Friday, September 4, 2009

p.e.n.g.a.l.a.m.a.n.l.e.p.a.s

'Pengalaman mendewasakan kita'..pepatah melayu ini sememangnya memberi banyak maksud mendalam..semasa kecil kita kurang memahami dan mengerti apa tujuan hidup kita..setiap hari yang berlalu banyak mendewasakan kita..antara pengalaman yang aku x lupe ialah aku semasa berumur lingkungan 9 - 12 tahun telah membantu jiran aku menjual petai di sekitar gombak. aku x tipu, mmg aku pernah menjual petai.

selalunya aku tolong jiran aku masa weekend je. aku ngan anak jiran aku akan menyusun petai yang hendak dijual di handle bar basikal. dalam 2 - 3 basikal jugakla yang ikut skali menjual. aku bawak basikal sendiri. dah bis susun petai kita orang susun strategi plak nak menjual kat area mana.

kebiasaanya kami akan ke kawasan sekitar wangsa maju. dulu jalan xdela jem cam skang, so xdela risau sangat nak menaiki basikal ke sana. seikat petai kami jual RM2. kire murah la tue coz skang dah jd RM4 -5. bagi petai yang dah masak plak RM1 seikat. selalunya jualan kita orang ni abis je. bile balik je,jiran aku bagi upah RM1 xpun 50 sen. jumlah suatu ketika dulu sgt besar.

bile difikir2 balik skang ni, x sangka dulu aku pernah wat keje cam 2. klw aku cite kt orang lain pun, mungkin ade yang x percaya.

Tuesday, September 1, 2009

p.e.r.b.u.a.l.a.n.t.e.l.e.f.o.n.

Perbualan telefon antara boyfren dan gurlfren...

gurlfren: awak, gusi saya sakit arr..nak tumbuh gigi geraham bongsu kot..

boyfren: jumpe dentist jom..

gurlfren: xnak arr!!

boyfren: nape?

gurlfren: xnakla..dentist tu no. 2 dalam list horror saya..selepas ********..xnak ar jumpe..

boyfren: hmmm...abah saya?

gurlfren: hehehe..nak kene sepak bontot?;p