Tuesday, July 14, 2009

t.o.p.u.p

Di suatu pagi…

Unknown message: 012662XXXX has been successfully top up with RM50 on 12-07-2009 at   09:45 AM.Ref. No:121898087

Receiver :
Eh, sape plak yang bagi top up ni? (dlm hati:hehehe…rezeki)

Unknown message: Selamat pagi Cik / Encik / Mr / Mrs, tadi saya salah masuk RM50 customer punya no. ke no. Tuan 012662XXXX, semestinya 012622XXXX, so boleh tak Tuan bagi balik dengan cara taip share-no tel-amount ke 22121. Terima kasih atas segalanya.

Receiver: (dalam hati: sian plak dak ni..t’salah top up rupenye..perlu ke aku nak pulangkan balik
RM50 tu? Hmmm…)

Receiver: SHARE 012622XXXX 50

Unknown message:
Tuan, tak semua pun tak apa, tolonglah separuh pun boleh, kasihan saya, kena tanggungjawab dgn bos

Receiver: Saya dah share dah

Unknown message: Ok la, thanx banyak ya


p/s: hmm..klw ikut hati mmg xnk pulangkan..tp tetiba rasa kesian plak kepada penerima sebenar yang patut dapat RM50 tu..bukan hak aku klw nak gunakannya pun..manala tau,die nak gune untuk wat panggilan kecemasan ke..xpela, bukan rezeki aku..)

Monday, July 6, 2009

p.e.r.j.a.l.a.n.a.n.y.a.n.g.m.e.m.e.n.a.t.k.a.n

komtar

last week dari 30 jun - 3 julai 2009, aku diarahkan untuk menghadiri satu bengkel di batu ferringhi, pulau pinang.setelah sekian lama terperap kt ofis, akhirnya aku dpt peluang utk outstation yang jauh sket dr kL.aku suke!!xyah nak ngadap bos hari2, bley jalan2. so, outstation ini boleh diibaratkan sebagai 'percutian'..hehe..

semasa hari kejadian, aku bertolak dlm kul 10 dari umah ke pulau pinang dengan menaiki kereta.perjalanan dianggarkan akan mengambil masa 4 1/2 jam - 5 jam. dlm perjalanan sempat gak aku bersms dengan che che kerana dia juga akan mengendalikan kursus di pulau pinang. alang2 ktorg grak sekali je. oleh kerana che che bercuti di kampung (bagan serai), so ktorg decide untuk b'jumpe selepas tol juru. dalam perjalanan yang panjang aku tanpa disedari telah melebihi had laju yang ditetapkan. selepas dari RnR Bukit Merah aku telah ditahan oleh abang polis.. "Selamat tengahari.saya nak maklumkan yang encik telah memandu melebihi had laju di kilometer 236 dengan kelajuan 123km"..huhu.."mohon, encik tandatangan disini"..aku hanya menurut pe yang diarahkan tanpa merayu..warghh!!melayang la rm300!!!

jem sebelum aku terima surat 'cinta'

Dalam kul 1 ptg aku dah sampai di juru dan singgah di McD for lunch.che che hanya smpai dlm kul 145 ptg then baru ktorg grak ke butterworth. che che mencadangkan ktorg naik feri, jimat minyak katenye.around 3 pm, aku smpai di hotel. program hanya akan bermula pada sebelah mlm.selepas abis program aku dengan sorg lg pegawai ke pasar malam b'hampiran.tujuan ktorg hanya utk membeli dvd haram..hahaha..untuk 3 malam berturut-turut aku ke pasar malam tu.

pemandangan matahari terbenam

3 julai 2009, kul 11 lebih aku b'tolak pulang dengan melalui jambatan ke3 terpanjang di dunia. bertitik tolak dengan kejadian pada 30 Jun, aku hanya membawa keta dgn kelajuan ditetapkan sahaja..ahaks..