Saturday, June 27, 2009

m.o.t.o.r

aku paling malas klw weekend kene attend seminar la, bengkel la.klw masuk ofis wat keje, aku ok je.pg nie aku kene attend seminar kt satu hotel di PJ.kul 8 aku dh terpacak kt sana.nasib baikla seminar tue separuh hari je.i like!!hahaha.terlelap gak la aku kt dlm seminar tue;p

balik dari seminar trus tukar baju then g kedai moto.aku nk tuka cover body moto.almost rm250++ duit aku melayang.hmmm..xpela,dh dekat 7 tahun aku gune moto tue n cover body lama tue wajar digantikan yg baru. warna yg aku pilih adalah biru dan digandingkan dgn sport rims berwarna putih.cantik sioot:)

Wednesday, June 24, 2009

n.g.e.r.i

arini aku kua awal dr umah ke ofis. dlm kul 6.30 pg aku dh grak dr umah. mcm biase, aku gune hiway karak then duke. x kisahla bayar tol sket, asalkan aku x stuck dlm jem. dr duke aku exit ke jln kuching. lepas je bulatan yang besar ke jalan duta 2, tiba2 jln jem. heran lak aku, x pernah awal pagi jem kat c2.then nampak keta polis lalu disebelah keta aku n berenti lorong paling kanan.ghupe2nye, de 1 kejadian langgar lari. mangsa terbaring di lorong kanan skali, x bernyawa.agaknye baru lg kejadian 2 berlaku. x nmpak plak kenderaan yg melanggar mangsa. mata aku hanya mampu memandang kejadian ngeri tu..ishh...

Saturday, June 20, 2009

t.o.u.r.d.b.o.t.a.n.i

kul 6.45pg aku dh bgn. arini nk g taman botani. nak berbasikal.lebih kurang kul 730pg aku grak dr gombak menuju ke equine. around 8 am ku dh smpai kt sn. kol um jap n maklumkan aku dh smpai. ten ktorg grak g taman botani.

um ckp die dh tempah beskal utk 2 org, jam 930pg n paling lewat daftar kt sn dlm 945pg. oleh kerana ktorg agak t'gesa2 nk ke sana tanpa b'sarapan, ktorg singgah di petronas n dptkn roti n air then br ke sana.

smpai je kt sn, berduyun-duyun rombongan sekolah yg dh de kt situ. x silap de 4 buah bas membawa rombongan budak2 sekolah. ramainye!!tp tu bkn masalahnye.mslhnye langit dh gelap n jangkaanya hari akan hujan. utk naik basikal yg disediakan di taman botani, anda perlu pergi ke kaunter n bayar rm4 utk 1 jam (weekend) manakala rm4 utk 2 jam (weekdays). pekerja kaunter maklumkn kt um yg hari nak ujan so berbasikal x digalakkan. lgpun nnt customer akan claim balik duit dorg coz ari ujan. oleh kerana ktorg dh plan lama nk berbasikal kt cni, um ckp yg ktorg xkn wat claim klw ari ujan...hehehe

next ktorg pilih basikal n pusing2 satu taman.bley tahan gak letih bwk basikal ni. mn xnye, naik bukit n turun bukit.tgh sedap merempit;p ari ujan plak!!hehehe..ape lg, kene cr tempat utk berteduh. mslhnye, taman ni x byk tempat berteduh disediakan!!t'pksa la g ke kawasan restoran putrajya seafood.smpai kt c2, ghupenye de program Formula Future. program ni adalah program paling basic sblm melangkah ke Formula 1 (Boat). ramai gakla penunggang basikal lain yg berteduh disini.

ktorg b'teduh dlm 15 minit sblm pulang kembali ke kaunter n pulangkan basikal. so kpd sape2 yg ingin b'senam tp x tau cr yg mudah utk membuat senaman, jgn malu jgn segan, silalah naik basikal. taman botani antara tempat yg menyediakan kemudahan berbasikal.

pic taken from sony ericsson W880i

Tuesday, June 16, 2009

h.a.r.i.y.a.n.g.c.e.r.a.h


pic by flickr
hari ni aku n um cuT.bukan saje2 nak cuT k.ktorg nak setelkn pinjaman PTPTN.kul 9.30 pagi aku dh grak g equine amik um then g PTPTN kt kL sentral. lebih kurang kul 1 lebey, baru setel kt PTPTN tue.

Petangnye plak mmg ktorg dah plan nak g gym kat presint 9.kul 5 ktorg smpai kt sn.de brader kt ctu bgtau sog register dulu kt kaunter n bayar RM2.horey!murah je pn.de semangat berkobar2, ktorg g kaunter. then org kt kaunter tu tanya 'akak n abang bwk towel x?'..hah! towel?..sejak bile plak kene bwk towel.'x bwk la dik'..'klw akak n abg x bwk, abg n akan x bley msuk kt gym'..ceh!wat penat je ktorg dtg..'hmmm,xpela dik.lain x je ktorg dtg'..'ok, gym tutup kul 10mlm.so abg n akak bley dtg bile2 je'..hmmm,terbantutla hasrat nk g gym..

mnla nk g ni?dahla ktorg pakai sport attire ni.um suggest g tamanbotani, bley naik basikal keliling taman.ok gak idea tue;p then ktorg grak g sana. sampai kt ofis taman botani tertera kt pintu "MOHON MAAF, PERKHIDMATAN TAMAN BOTANI PADA 16 JUN 2009 HANYA UNTUK PUKUL 9 PAGI HINGGA 5 PETANG SAHAJA. HARAP MAKLUM"...ala!!!time camnila dorg pendekkan waktu servis. sorg staff taman botani maklumkan kt ktorg yg dorg pendekkan waktu perkhidmatan coz dorg de kursus sampai 17 Jun 2009. huh! x dptla nak naik basikal.

last, ktorg g joging je keliling taman botani je. bleyla, dr x wat pape.at least kua peluh gak kn? geng, ari jumaat pas bis keje.jom g gym kt presint 9!!

Wednesday, June 10, 2009

k.i.s.a.h.h.i.d.u.p.k.u.d.i.m.a.s.a.k.e.c.i.l

beshnye budak2 sekolah bercuti.2 minggu plak tu.tgk adik2 aku yg bercuti kat umah tu wat aku b'tambah jeles..huhu..tp sayangnye, dorg isi masa lapang yg ade ngan main game kt pc n surfing internet..ntah, bg aku aktiviti tu sume x membina langsung. dhla x kuakn peluh tp b'tmbh naik bil elektrik n tepon adela..hahaha..

teringat masa aku masih bersekolah dolu2..time cuti niela aku g merayap..hehehe..pagi2 kul 9 aku dh kua umah..balik umah kul 12 tengahari utk lunch n rehat.kul 430 ptg kua balik, g sambung merayap..Antara permainan / aktiviti yang aku buat sewaktu cuti sekolah adalah seperti berikut:

Memancing

Nie aktiviti paling aku minat.sungai sebelah umah je, x jauh pun klw aku nk g memancing. slalunye aku x gune pun batang pancing yang moden pn. aku gune batang buluh, xpun batang bertam.umpan aku cari blakang umah.umpan feveret was 'cacing peram'..hahaha..hasil drpd memancing, klw aku x mkn, aku bela ikan tu.

Konda kundi 

Salah satu permainan tradisional yang hanya memerlukan kawasan tanah yang luas, kayu dan juga pemain yang tiada had.Tempat feveret ktorng main konda kundi kat halaman umah arwah nenek lamah.

Selipar tiga

Permainan yang hanya perlukan 3 selipar yang ditegakkan dalam bentuk piramid (perlukan kemahiran untuk tegakkan selipar ni) dan juga selipar2 lain yang perlu dibaling tepat ke arah 3 selipar tersebut oleh pemain. Bila 3 selipar tu dah jatuh, team lagi satu akan menghalang team pembaling daripada menegakkakn kembali selipar dengan membaling selipar a.ka cop ke arah team pembaling. Team pembaling yang kena cop dengan selipar dikira mati. 

Congkak

Aku ingat lagi ktorg main congkak x perlu pun beli kt kedai mainan. juz korek tanah, wat lubang n buah getah je diperlukan.

Lawan buah getah 

Permainan nie wat aku lemah sket coz selain ko kene masuk kebun getah mencari buah getah, ko kena pastikan tangan ko kuat untuk memecahkan buah getah yang dipunyai orang lain. korg juz himpitkan buah getah kwn ko n ko punye, then pecahkan.

Main sorok-sorok

Antara permainan yang aku paling terer skali. tempat tuk ko menyorok tidak terhad. ko bley menyorok kat atas pokok, dalam reban ayam, bawah tangga, dalam jamban;p, bawah umah etc.

Roundes (betul ke aku eja?)

Permainan ni cam baseball @ softball tapi disesuaikan dengan budaya tempatan. Nama tempat feveret ktorg main roundes ialah kt padang pasir;p

Main masak-masak

hahaha..korg mesti tau corak permainan ni camne kn?;p

Lawan guli

Nie aku main kt dalam longkang je, xpun kt atas tanah lapang. Banyak modal gak nak main guli ni, klw korg asyik kalah ar..ahaks

Gasing

Main gasing ni byk caranye..korg bley main gasing pangkah, gasing yg b'putar paling lama n etc. klw main gasing pangkah, make sure gasing lawan ko pecah.klw x pecah jgn balik umah..hehe

Masuk dusun orang 

Aktiviti ni ktorg wat dgn kerap di waktu musim buah;p..banyak hasilnya masuk dusun org ni..nk tahu ape hasilnye? korg pkla sendiri.

hmmmm...banyak lagi permainan yang aku turut serta tapi x cukup rasanya klw aku xplain kt cni. so, jgn lupe budaya dan permainan tradisional kita.

pic by flickr